Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan baru diwujudkan
di bawah nama Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan
Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia akan tetapi
telah menarik diri akibat tentangan sebahagian rakyat Brunei. Pada awal
penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia untuk
menakluk Malaysia, dan tuntutan yang dibuat oleh Filipina terhadap Sabah. Pada tahun
1965, Singapura pula dikeluarkan daripada Malaysia dan berlakunya desakan
ekonomi dari kaum Cina.
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962
yang di anggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold,
bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee
dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada
kerajaan British. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau
pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang
gagasan Malaysia.
Pada 3-4 Februari 1962, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah
terhadap gagasan Malaysia. Selain itu, memorandum itu juga bersetuju supaya
perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia, perlunya
ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar,
pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama
rasmi.
Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya Cobbold
telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai
pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan
Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis
bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang
memberikan pandangan. Hasil daripada pertemuan dan memorandum yang diterima
menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong
penubuhan Malaysia.
Pada tahun 1963, satu rundingan telah berlangsung di antara
kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di london yang diketuai
oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold
Macmillan, Perdana Menteri British.
pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang
memberikan pandangan. Hasil daripada pertemuan dan memorandum yang diterima
menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong
penubuhan Malaysia.
Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium
Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara itu telah dihadiri oleh
SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka,
Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet,
diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat
Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya
melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh
rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri
Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.
No comments:
Post a Comment