Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi
memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan
telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat
akhir. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah
dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa
dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua
bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11
jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Majlis
Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada
ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh
akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949
menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk
tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad
bin Hamzah.
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King
George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu
dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan
Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai
King George VI.
reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh
akhbar The Malay Mail.
Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan
Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang
Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang
pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia
hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan
pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan
14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera
Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan
lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963.
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia
pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan
hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud
keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
No comments:
Post a Comment