Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj , Perdana Menteri Malaysia yang Pertama.
Tunku melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali yang disambut meriah oleh seluruh rakyat jelata yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka.
Upacara tersebut diikuti dengan upcara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu diiringi dengan lagu kebangsaan 'NEGARAKU'
sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi negara yang bebas , Merdeka dan berdaulat.
No comments:
Post a Comment