Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015
lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia
apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015
Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan
Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #sehatisejiwa mencerminkan roh
kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini
selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak
kira di mana mereka berada Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari
Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun,
sebaliknya mengikut tahun GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN 2015
MALAYSIA Berikut adalah gambar Logo rasmi Merdeka pada tahun 2015, 31 Ogos
Malaysia , Tanah Tumpahnya Darahku . Malaysia , Tanah Airku . Malaysia , Nyawaku . #syukurselalu
Tuesday, 25 August 2015
Logo Dan Tema Kemerdekaan Malaysia
Koleksi Logo & Tema Merdeka Malaysia
Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.
Tema: Muhibah dan Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.
Tema: Masyarakat Progresif
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.
Tema: Masyarakat Adil
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.
Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.
Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.
Tema: Masyarakat Berdikari
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema: Ketahanan Rakyat
Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.
Tema: Bersatu Maju
Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.
Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan
Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.
Tema: Bersatu Berdisplin
Tahun: 1980-Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun
Tema: Berdisplin Berbakti
Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.
Tema: Berdisplin Berharmoni
Tahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.
Tema: Berdisplin Giat Maju
Tahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.
Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan
Tahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.
Tema: Amanah Asas Kejayaan
Tahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.
Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan
Tahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun
Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh
Tahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.
Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju
Tahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.
Tema: Bersatu
Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.
Tema: Bersatu
Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.
Tema: Berjaya
Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.
Tema: Wawasan 2020
Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun
Tema: Wawasan Asas Kemajuan
Tahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.
Tema: Bersatu Menuju Wawasan
Tahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan
Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun.
Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan
Tahun: 1996-Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.
Tema: Budaya Penentu Kecapaian
Tahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.
Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Tahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.
Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
Tahun: 1999-Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.
Tema: Bersatu Ke Alaf Baru
Tahun: 2000 hingga 2006-Sambutan Kemerdekaan ke 43 hingga 49
tahun.
Tema: Keranamu Malaysia
Tahun: 2007-Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun
Tema: Malaysiaku Gemilang
Tahun: 2008-Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun
Tema: Perpaduan Teras Kejayaan
Tahun: 2009-Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun
Tema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Tahun: 2010-Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi
Tahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.
Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati
Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Tahun: 2015-Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.
Tema: Malaysia #SehatiSejiwa
Perdana Menteri Malaysia
Perdana Menteri Malaysia Pertama
(1957-1970)
- Bapa Kemerdekaan -
Nama : Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Tarikh Lahir : 08 Februari 1903,
Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana
Pagoda)
Pendidikan :
1911 – Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar
1916 – Penang Free School, Penang
1925 – lulus B.A. dari University Cambridge
1945 – lulus LLB, dari Inner Temple, London
Kerjaya :
1946 – bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai
Daerah) Langkawi, Kulimdan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik
Penolong Pendakwa Raya KLdan Presiden Mahkamah Session Selangor
1951 – dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk
UMNO.
1956 – Rombongan Merdeka ke London
1957 – Merdeka. Perdana Menteri Pertama
1962 – rombongan ke London – Gagasan Malaysia
1963 – Gagasan Malaysia – 16.09.1963
1970 – bersara daripada politik
Perdana Menteri Malaysia Kedua
(1970-1976)
- Bapa Pembangunan -
Tarikh Lahir : 11 Mac 1922
Tempat Lahir : Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang
Pendidikan :
Sekolah Melayu Langgar, Pekan
Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK
1940 – Raffles College Singapura ± Pentadbiran
1947 – ke England sebagai Queen’s Scholar dalam bidang
Undang-Undang
1950 – lulus LLB. (Hons) dari Lincoln’s Inn, Barristar at
Law
Kerjaya :
1952 – Setiausaha Kerajaan Pahang.
1955 – Menteri Besar Pahang, meletak jawatan – bertanding
pilihan raya pertama danmenang, Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan
Penyata Razak yangmenentukan sistem pelajaran negara pada 16.05.1956. Bergelar
BapaPembangunan Luar Bandar kerana usaha gigih beliau menaikkan taraf luar
bandar
1970 – 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri
Malayisa. Pemimpin yangberhemah tinggi, jujur dan amat disegani.
Perdana Menteri Malaysia Ketiga
(1976-1981)
- Bapa Perpaduan -
Tarikh Lahir : 12 Februari 1922
Tempat Lahir : Johor Bahru
Pendidikan :
English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge
1940 – Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India
1958 – Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln’s Inn, London
Kerjaya :
1942 – bertugas di Mesir
1945 – pemerintah Polis Depot, Johor Bahru
1946 ± menyertai UMNO bersama ayahnya. Setiausaha UMNO
Pertama
1950 – ADO, Kuala Selangor, Klang
1970 – Menteri Pelajaran
1973 – Timbalan Presiden UMNO. Timbalan Perdana Menteri
1976 – Perdana Menteri Malaysia Ketiga
1981 – bersara daripada politik serentak meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri Malaysia
Perdana Menteri Keempat
(1981-2003)
- Bapa Pemodenan Malaysia -
Tarikh Lahir : 20 Disember 1925
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Pendidikan :
Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar
Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura)
lulus Ijazah KedoktoranPerubatan MBS – 1953
Kerjaya :
1945 – aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO
1954 – bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar,
Langkawi dan Perlis
1957 – membuka klinik sendiri di Alor Setar, iaitu Klinik
MAHA
1964 – memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan
1973 – dilantik Pengerusi FIMA
1975 – Naib Presiden UMNO
1976 – Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri
1981 hingga 2003 – Perdana Menteri Malaysia Keempat
Perdana Menteri Kelima
(2003-2009)
- Bapa Pembangunan Modal Insan -
Nama: Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tarikh Lahir: 26 November 1939
Tempat Lahir : Bayan Lepas, Pulau Pinang
Pendidikan :
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam
Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang
Universiti Malaya-Sarjana Muda Sastera dalam Bidang
Pengajian Islam
Kerjaya :
1964 ± Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam
1969 ± Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)Ketua Pengarah Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan
1974 – Timbalan Ketua Setiausaha dalam Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan
1978 – Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah
Persekutuan
1980 – Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan
1981 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1984 – Menteri Pelajaran
1986 – Menteri Pertahanan
1991 – Menteri Luar Negeri
1999 ± Timbalan Perdana Menteri Malaysia
2003 hingga 2009 ± Perdana Menteri Malaysia Kelima
Perdana Menteri Keenam
(2009-kini)
- Bapa Transformasi Malaysia -
Nama: YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang
Pendidikan :
Institusi St. John, Kuala Lumpur
Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi
Industri daripadaUniversiti Nottingham, England pada tahun 1974.
Kerjaya :
1978-1980 – Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980-1981 – Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 – Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 – Menteri Besar Pahang
1986-1987 – Kementerian Belia dan Sukan, Menteri Kebudayaan
1990-1995, 1999-2008 – Menteri Pertahanan
1995-1999 – Menteri Pendidikan
2004-2009 ± Timbalan Perdana Menteri
2009-kini ± Perdana Menteri Malaysia Keenam
Sejarah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan baru diwujudkan
di bawah nama Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan
Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia akan tetapi
telah menarik diri akibat tentangan sebahagian rakyat Brunei. Pada awal
penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia untuk
menakluk Malaysia, dan tuntutan yang dibuat oleh Filipina terhadap Sabah. Pada tahun
1965, Singapura pula dikeluarkan daripada Malaysia dan berlakunya desakan
ekonomi dari kaum Cina.
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962
yang di anggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold,
bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee
dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada
kerajaan British. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau
pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang
gagasan Malaysia.
Pada 3-4 Februari 1962, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah
terhadap gagasan Malaysia. Selain itu, memorandum itu juga bersetuju supaya
perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia, perlunya
ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar,
pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama
rasmi.
Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya Cobbold
telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai
pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan
Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis
bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang
memberikan pandangan. Hasil daripada pertemuan dan memorandum yang diterima
menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong
penubuhan Malaysia.
Pada tahun 1963, satu rundingan telah berlangsung di antara
kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di london yang diketuai
oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold
Macmillan, Perdana Menteri British.
pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang
memberikan pandangan. Hasil daripada pertemuan dan memorandum yang diterima
menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong
penubuhan Malaysia.
Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium
Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara itu telah dihadiri oleh
SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka,
Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet,
diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat
Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya
melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh
rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri
Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.
Sejarah bendera Malaysia
Sejarah
penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan
Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949
untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera
Persekutuan Tanah Melayu.
Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi
memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan
telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat
akhir. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah
dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa
dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua
bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11
jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Majlis
Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada
ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh
akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949
menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk
tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad
bin Hamzah.
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King
George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu
dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan
Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai
King George VI.
reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh
akhbar The Malay Mail.
Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan
Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang
Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang
pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia
hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan
pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan
14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera
Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan
lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963.
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia
pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan
hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud
keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Tuesday, 18 August 2015
Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu
Pada tanggal 31 Ogos 1957 , Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan di Stadium Merdeka dengan disaksikan oleh lebih 20,000 orang termasuklah raja-raja Melayu , tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet kerajaan persekutuan, dan rakyat jelata .
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj , Perdana Menteri Malaysia yang Pertama.
Tunku melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali yang disambut meriah oleh seluruh rakyat jelata yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka.
Upacara tersebut diikuti dengan upcara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu diiringi dengan lagu kebangsaan 'NEGARAKU'
sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi negara yang bebas , Merdeka dan berdaulat.
Subscribe to:
Posts (Atom)