Tuesday, 25 August 2015

Merdeka 58 - #sehatisejiwa

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015 Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN 2015 MALAYSIA Berikut adalah gambar Logo rasmi Merdeka pada tahun 2015, 31 Ogos

Logo Dan Tema Kemerdekaan Malaysia

Koleksi Logo & Tema Merdeka Malaysia

Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.
Tema: Muhibah dan Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.
Tema: Masyarakat Progresif
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.
Tema: Masyarakat Adil
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.
Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.
Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.
Tema: Masyarakat Berdikari
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema: Ketahanan Rakyat

Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.
Tema: Bersatu Maju

Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.
Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan


Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.
Tema: Bersatu Berdisplin

Tahun: 1980-Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun
Tema: Berdisplin Berbakti


Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.
Tema: Berdisplin Berharmoni


Tahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.
Tema: Berdisplin Giat Maju


Tahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.
Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan


Tahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.
Tema: Amanah Asas Kejayaan


Tahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.
Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan


Tahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun
Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh


Tahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.
Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju


Tahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.
Tema: Bersatu


Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.
Tema: Bersatu


Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.
Tema: Berjaya


Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.
Tema: Wawasan 2020


Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun
Tema: Wawasan Asas Kemajuan


Tahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.
Tema: Bersatu Menuju Wawasan


Tahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan


Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun.
Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan


Tahun: 1996-Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.
Tema: Budaya Penentu Kecapaian


Tahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.
Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya


Tahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.
Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita


Tahun: 1999-Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.
Tema: Bersatu Ke Alaf Baru


Tahun: 2000 hingga 2006-Sambutan Kemerdekaan ke 43 hingga 49 tahun.
Tema: Keranamu Malaysia


Tahun: 2007-Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun
Tema: Malaysiaku Gemilang


Tahun: 2008-Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun
Tema: Perpaduan Teras Kejayaan


Tahun: 2009-Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun
Tema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Tahun: 2010-Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi


Tahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.
Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati

Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Tahun: 2015-Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.
Tema: Malaysia #SehatiSejiwa


Perdana Menteri Malaysia


 Perdana Menteri Malaysia Pertama 
(1957-1970) 
- Bapa Kemerdekaan -

Nama : Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Tarikh Lahir : 08 Februari 1903,
Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda)
Pendidikan :
1911 – Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar
1916 – Penang Free School, Penang
1925 – lulus B.A. dari University Cambridge
1945 – lulus LLB, dari Inner Temple, London
Kerjaya :
1946 – bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulimdan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KLdan Presiden Mahkamah Session Selangor
1951 – dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 – Rombongan Merdeka ke London
1957 – Merdeka. Perdana Menteri Pertama
1962 – rombongan ke London – Gagasan Malaysia
1963 – Gagasan Malaysia – 16.09.1963
1970 – bersara daripada politik

Perdana Menteri Malaysia Kedua

(1970-1976)

 - Bapa Pembangunan -


 Nama :  Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein
Tarikh Lahir : 11 Mac 1922
Tempat Lahir : Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang

Pendidikan :
Sekolah Melayu Langgar, Pekan
Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK
1940 – Raffles College Singapura ± Pentadbiran
1947 – ke England sebagai Queen’s Scholar dalam bidang Undang-Undang
1950 – lulus LLB. (Hons) dari Lincoln’s Inn, Barristar at Law

Kerjaya :
1952 – Setiausaha Kerajaan Pahang.
1955 – Menteri Besar Pahang, meletak jawatan – bertanding pilihan raya pertama danmenang, Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak yangmenentukan sistem pelajaran negara pada 16.05.1956. Bergelar BapaPembangunan Luar Bandar kerana usaha gigih beliau menaikkan taraf luar bandar
1970 – 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa. Pemimpin yangberhemah tinggi, jujur dan amat disegani.

Perdana Menteri Malaysia Ketiga 

(1976-1981)

- Bapa Perpaduan -

 Nama : Allahyarham Tun Hussein bin Dato Onn
Tarikh Lahir : 12 Februari 1922
Tempat Lahir : Johor Bahru

Pendidikan :
English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge
1940 – Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India
1958 – Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln’s Inn, London

Kerjaya :
1942 – bertugas di Mesir
1945 – pemerintah Polis Depot, Johor Bahru
1946 ± menyertai UMNO bersama ayahnya. Setiausaha UMNO Pertama
1950 – ADO, Kuala Selangor, Klang
1970 – Menteri Pelajaran
1973 – Timbalan Presiden UMNO. Timbalan Perdana Menteri
1976 – Perdana Menteri Malaysia Ketiga
1981 – bersara daripada politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri Keempat 

(1981-2003)

- Bapa Pemodenan Malaysia -

 Nama : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tarikh Lahir : 20 Disember 1925
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah

Pendidikan :
Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar
Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah KedoktoranPerubatan MBS – 1953

Kerjaya :
1945 – aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO
1954 – bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis
1957 – membuka klinik sendiri di Alor Setar, iaitu Klinik MAHA
1964 – memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan
1973 – dilantik Pengerusi FIMA
1975 – Naib Presiden UMNO
1976 – Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri
1981 hingga 2003 – Perdana Menteri Malaysia Keempat

Perdana Menteri Kelima 

(2003-2009)

- Bapa Pembangunan Modal Insan -

Nama: Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tarikh Lahir: 26 November 1939
Tempat Lahir : Bayan Lepas, Pulau Pinang

Pendidikan :
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam
Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang
Universiti Malaya-Sarjana Muda Sastera dalam Bidang Pengajian Islam

Kerjaya :
1964 ± Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam
1969 ± Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1974 – Timbalan Ketua Setiausaha dalam Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1978 – Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan
1980 – Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan
1981 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1984 – Menteri Pelajaran
1986 – Menteri Pertahanan
1991 – Menteri Luar Negeri
1999 ± Timbalan Perdana Menteri Malaysia
2003 hingga 2009 ± Perdana Menteri Malaysia Kelima

Perdana Menteri Keenam 

(2009-kini)

- Bapa Transformasi Malaysia -


Nama: YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang

Pendidikan :
Institusi St. John, Kuala Lumpur
Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripadaUniversiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Kerjaya :
1978-1980 – Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980-1981 – Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 – Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 – Menteri Besar Pahang
1986-1987 – Kementerian Belia dan Sukan, Menteri Kebudayaan
1990-1995, 1999-2008 – Menteri Pertahanan
1995-1999 – Menteri Pendidikan
2004-2009 ± Timbalan Perdana Menteri
2009-kini ± Perdana Menteri Malaysia Keenam


Sejarah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan baru diwujudkan di bawah nama Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia akan tetapi telah menarik diri akibat tentangan sebahagian rakyat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia untuk menakluk Malaysia, dan tuntutan yang dibuat oleh Filipina terhadap Sabah. Pada tahun 1965, Singapura pula dikeluarkan daripada Malaysia dan berlakunya desakan ekonomi dari kaum Cina.
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962 yang di anggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.


Pada 3-4 Februari 1962, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia. Selain itu, memorandum itu juga bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia, perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.
Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya Cobbold telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil daripada pertemuan dan memorandum yang diterima menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong penubuhan Malaysia.
Pada tahun 1963, satu rundingan telah berlangsung di antara kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di london yang diketuai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British.

pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil daripada pertemuan dan memorandum yang diterima menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong penubuhan Malaysia.
Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara itu telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

Sejarah bendera Malaysia

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.



Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.
reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail.



Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan




Tuesday, 18 August 2015

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu

Pada tanggal 31 Ogos 1957 , Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan di Stadium Merdeka dengan disaksikan oleh lebih 20,000 orang termasuklah raja-raja Melayu , tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet kerajaan persekutuan, dan rakyat jelata .


Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj , Perdana Menteri Malaysia yang Pertama.
Tunku melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali yang disambut meriah oleh seluruh rakyat jelata yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka. 
Upacara tersebut diikuti dengan upcara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu diiringi dengan lagu kebangsaan 'NEGARAKU'

sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi negara yang bebas , Merdeka dan berdaulat.